IKLAN TAWARAN
Kerja-Kerja Reka dan Bina, Pengubahsuaian dan Penambahan bagi Bangunan Pejabat di Taman Perindustrian Pekan Belait
Nombor Rujukan : DTC 22 05 00
Darussalam Enterprise dengan ini mempelawa permohonan untuk mengemukakan cadangan tender yang disebutkan di atas.
Skop kerja merangkumi:
Pengubahsuaian kepada susun atur dan rekaan dalaman pada bangunan asal menurut penjenamaan korporat DARe (DARe Corporate Branding);
Kerja-kerja tanah termasuk kerja struktur asas;
Memasang struktur kepingan atap yang baru termasuk kerja-kerja mengganti siling, partition/dinding, lantai, tingkap dan pintu yang baru;
Peruntukan bagi sistem utiliti dan bangunan termasuk penyambungan elektrik, air, sistem perpaipan, sistem penghadang kebakaran, telekomunikasi, sistem sekuriti dan CCTV dll;
Peruntukan bagi porta kabin bersaiz 20ft yang baru.
Siapa yang layak untuk tender?
Kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam, dengan kategori kelas 2 keatas.
Mempunya pengalaman yang relevan dalam projek serupa dalam tempoh 5 tahun kebelakangan.
Perolehan tahunan minimum B$ 500,000.00 dalam tempoh 5 tahun kebelakangan.
Arahan untuk pendaftaran dan pengambilan dokumen tender:
Sila hantarkan e-mel ke tender.secretary@dare.gov.bn yang menunjukkan minat dan kelayakan syarikat dengan subjek e-mel: “REQUEST FOR TENDER DOCUMENTS – DTC 22 05 00 (THE RENOVATION & EXTENSION WORKS OF THE PROPOSED OFFICE BUILDING AT THE PEKAN BELAIT INDUSTRIAL PARK)”.
Dokumen tender akan dikeluarkan melalui e-mel bermula pada hari KHAMIS, 30 Jun 2022. Tarikh akhir penyerahan proposal tender adalah pada Hari KHAMIS, 28 Julai 2022, tidak lewat dari jam 2;00 petang.
Sekiranya awda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan tender ini, sila e-melkannya kepada tender.secretary@dare.gov.bn.