IKLAN TAWARAN
Kerja-kerja Membaik Pulih Bumbung bagi Bangunan Siap-Bina di Taman Perindustrian Pekan Belait
Nombor Rujukan : DTC 22 10 00
Darussalam Enterprise dengan ini mempelawa permohonan untuk mengemukakan cadangan tender yang disebutkan di atas.
Skop kerja merangkumi:
Kerja-kerja mengganti bumbung yang sedia-ada;
Kerja-kerja mengecat struktur bumbung;
Kerja-kerja mengganti siling.
Siapa yang layak untuk menyertai tender?
Kontraktor tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan, Negara Brunei Darussalam, dan mempunyai kelas 3 keatas dengan kategori B01.
Mempunyai pengalaman yang relevan dalam projek serupa dalam tempoh 5 tahun kebelakangan.
Perolehan tahunan minimum B$ 500,000.00 dalam tempoh 5 tahun kebelakangan.
Arahan untuk pendaftaran dan pengambilan dokumen tender:
Sila hantarkan e-mel ke tender.secretary@dare.gov.bndengan menunjukkan minat dan kelayakan syarikat dengan subjek e-mel: "REQUEST FOR TENDER DOCUMENTS – DTC 22 10 00 (THE ROOF RECTIFICATION WORKS OF THE READY-BUILT FACTORY AT PEKAN BELAIT INDUSTRIAL PARK)”.
Dokumen tender akan dikeluarkan melalui e-mel bermula pada hari Selasa, 3 Januari 2022. Tarikh akhir penyerahan proposal tender adalah pada Hari Isnin, 23 Januari 2023, tidak lewat dari jam 3:00 petang.
Sekiranya awda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan tender ini, sila e-melkannya kepada tender.secretary@dare.gov.bn.