top of page
IBA Logo
IBA Class

Apakah Industry Business Academy Darussalam Enterprise (DARe)?

​

Darussalam Enterprise (DARe) melancarkan Industry Business Academy (IBA) pada Julai 2016 sebagai komponen penting dalam program pembangunan MSME tempatan untuk memberikan pengetahuan tentang keperluan untuk memulakan, mengembangkan dan mengeksport perniagaan. 

 

DARe IBA biasanya dilakukan dengan gaya bengkel, manakala sesi ceramah dan perkongsian juga merupakan bahagian penting daripada program ini. Pakar-pakar dari sektor awam dan swasta terlibat untuk menyediakan pengetahuan khusus industri untuk usahawan baru dan usahawan berpengalaman.

 

Tempoh setiap modul dijalankan dalam setengah hari sehingga empat hari maksimum. Kami bermotivasi untuk menyediakan latihan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada perniagaan tempatan dengan sebanyak mungkin. Pada kebiasaannya, kelas biasanya dikhaskan untuk (tetapi tidak terhad kepada) 30 orang, dan ianya adalah berdasarkan first come first serve.

 

Sama ada peserta berada di peringkat idea atau bertujuan untuk memperluas perniagaan mereka ke arah pasaran eksport, DARe IBA, yang dalam kitaran keenamnya, menawarkan banyak latihan yang membolehkan peserta untuk meningkatkan keyakinan diri mereka untuk mereka melangkah ke arah mencapai matlamat mereka.

​

​

​

Siapa boleh mendaftar untuk IBA?

​

DARe IBA terbuka kepada sesiapa yang bercita-cita untuk menjadi usahawan dan terbuka kepada perniagaan yang sedia ada.

​

​

​

How does it work?

​

  1. Daftar untuk berada dalam senarai e-mel IBA.

  2. Tunggu bengkel atau kelas diiklankan melalui e-mel atau media sosial kami.

  3. Klik pautan yang disediakan dan masukkan informasi yang diperlukan.

  4. Anda akan menerima e-mel pengesahan.

  5. Hadir dan turut serta!

 

Anda juga masuk ke rangkaian.

​

​

​

Apakah jenis kursus yang ditawarkan oleh DARe IBA dalam kitaran ketigabelas?

​

Sila klik pautan di bawah untuk melihat jadual kami

Berminat?

 

Daftar untuk berada dalam senarai e-mel kami

IBA-Online Logo

Unlock Your Potential through Online Learning

bottom of page