PENGUMUMAN
Berikutan perkembangan terkini berkenaan kes tempatan COVID-19 yang telah diumumkan oleh Kementerian Kesihatan pada hari Sabtu, 7hb Ogos 2021, Darussalam Enterprise (DARe) akan melaksanakan langkah-langkah pencegahan berikut dengan serta-merta:
-
Meja Bantu Perniagaan yang terletak di Bandar Seri Begawan, Kuala Belait dan Temburong akan ditutup bagi kunjungan orang ramai buat sementara waktu hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
-
Kontena Park akan terus beroperasi mengikut garispandu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Waktu beroperasi adalah dari Isnin hingga Ahad, 8 pagi hingga 8 malam untuk dibawa pulang (takeaways) dan penghantaran sahaja (Sila rujuk laman instagram peniaga di Kontena Park bagi sebarang perubahan masa operasi mereka).
-
Semua acara termasuk bengkel latihan dan perjumpaan akan ditunda hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Bagi yang telah mendaftar bagi sebarang acara DARe, sila semak emel abiskita bagi perkembangan terkini.
Abiskita masih boleh mengikuti kelas-kelas DARe secara atas talian melalui IBA Online. Maklumat lanjut boleh diperolehi di https://www.dare.gov.bn/iba-online
-
Tamu Aneka dan Pasar di Bangunan Utama Bumiputera di Temburong akan terus oberoperasi mengikut garispandu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Orang ramai adalah diminta untuk mematuhi langkah-langkah penjarakkan sosial, memakai sungkup muka, mengimbas kod QR BruHealth dan memeriksa suhu badan sebelum masuk.
-
Penggunaan iCentre anya terhad kepada syarikat-syarikat yang menyertai program inkubasi sahaja. Ruang kerja bersama (co-working space) akan ditutup bagi kegunaan orang ramai hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
-
Bagi sebarang pertanyaan berkenaan perniagaan, abiskita boleh menghubungi kami di talian hotline 8363442 atau 2384830 (semasa waktu pejabat) atau email ke info@dare.gov.bn.
Bagi sebarang pertanyaan dan isu berkenaan Tapak Perindustrian, abiskita boleh menghubungi kami melalui aplikasi Whatsapp di +673-8222236
Kami juga boleh dihubungi melalui saluran media sosial kami termasuk Facebook, Instagram dan LinkedIn @darussalamenterprise
We apologize for any inconvenience caused.