Mempromosikan produk keluaran tempatan melalui pelbagai saluran/program secara ‘online’ dan ‘offline’

Untuk mengurangkan halangan bagi perusahaan tempatan mikro, kecil dan sederhana untuk berjual kepada pelanggan yang lebih luas.

Untuk meningkatkan hasil jualan produk tempatan dan meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana ke arah eksport.

Rak Bruneian Made Finest

Rak Bruneian Made Finest yang mempamerkan produk sederhana hingga mewah adalah yang berkualiti tinggi dan boleh didapati di lokasi utama di sekitar Brunei seperti lapangan terbang, hotel dan pusat membeli-belah. Barangan yang dipamerkan tersedia untuk dibeli di bruneianmadefinest.gobeli.store dan kedai runcit kami, Sunju Sdn Bhd di The Mall Gadong dan Aewon BWN Souvenir Store di Yayasan Shopping Complex.

 

Di mana rak Bruneian Made Finest boleh didapati?

  • Empire Hotel dan Country Club

  • Rizqun Antarabangsa

  • Hotel Mulia Hotel Brunei

  • Kompleks Beli-belah Yayasan

BM Finest Shelf.png

Jualan di Pasaraya

Pembinaan rak pasar raya khas untuk produk Buatan Brunei yang dibawah kategori makanan kering, produk kesihatan dan kecantikan, dan barangan rumah. 

Rak Bruneian Made kini boleh didiapati di:  

  • Supasave Beribi

  • Supasave Seria

  • Sim Kim Huat

  • Airport Mall

  • Hua Ho Manggis

  • Hua Ho Tanjung Bunut

  • Hua Ho Kiulap

  • Hua Ho Tutong

  • Hua Ho Onecity

  • Hua Ho Mulaut

  • Utama Grand superstore One Station Mentiri

brunei-made-shelf.png
  • Terbuka kepada 1K1P dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang berdaftar dengan Registry of Companies & Business Names. 

  • Produk hendaklah milik tempatan.

  • Produk hendaklah mempunyai bungkusan yang menarik dan mempunyai label yang lengkap seperti menyatakan rumuan, kod bar, tarikh mansuh produk dan cap Halal.

 

Yang berminat kena mengisi dengan lengkap Borang permohonan beserta dengan gambar produk.

Terma Kelayakan