



Micro Bootcamp
Micro adalah program latihan keusahawanan selama 4 minggu oleh Darussalam Enterprise (DARe) untuk membantu individu yang mempunyai idea perniagaan untuk memulakan perjalanan perniagaan mereka dengan mempelajari asas-asas perniagaan.
Peserta akan mempelajari pengaturan Bisnis Strategik, Pemasaran dan Pembiayaan, serta akan menerima bimbingan perniagaan.
Micro Bootcamp dibukakan kepada mana-mana individu yang berminat untuk mempelajari dan memulakan perniagaan mereka sendiri.


Accelerate Bootcamp
Accelerate adalah program latihan keusahawanan selama 100 hari oleh Darussalam Enterprise (DARe) untuk membantu perniagaan peringkat awal untuk berkembang dengan memanfaatkan teknologi, meningkatkan pelaburan dan membina model perniagaan yang inovatif.
Peserta akan belajar dari pakar dan mendapat bimbingan dalam pengembangan produk, merangka rancangan perniagaan, mendapatkan kewangan dan membuat penjualan.
Program ini diakhiri dengan Demo Day, di mana para peserta akan membentangkan perniagaan mereka kepada pelabur-pelabur dan rangkaian dengan rakan kongsi yang berpotensi.
Accelerate dibukakan untuk startups yang bercita-cita untuk memgembangkan perniagaan mereka dengan pesat di dalam dan juga di luar negara.
Mengapa anda harus menyertai?
Peserta Bootcamp juga akan mempunyai akses ke ekosistem DARe yang merangkumi kerja sama dan ruang pejabat di iCentre, skim pembiayaan, program latihan, peluang industri dan rangkaian.