how to make your own website

Tawaran Expression of Interest 

Darussalam Enterprise (DARe) membukakan tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengemukakan cadangan bagi " Participation in The Development & Operation of A Proposed Commercial & Factory Hub Project at The Salambigar Industrial Park " ("Projek"). Tapak bagi Projek ini terletak di Taman Perindustrian Salambigar, Jalan Utama Tanah Jambu, Bandar Seri Begawan, BU1129, Negara Brunei Darussalam yang dikendalikan oleh DARe.

Skop Projek

Skop-skop kerja adalah termasuk, tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan-perkhidmatan berikut :-

1. Cadangan Projek yang berkonsepkan pusat komersial yang vibrant dan pusat kilang siap-bina. Konsep termasuklah butiran pengaturan umum (general arrangement) dan susunan atur ruang dan lain-lain berdasarkan parameter yang ditetapkan.

2. Pilihan pembiayaan dan / atau pelaburan, seperti penyewa utama, pemaju bersama, pengendali, dan sebagainya.

Semua peruntukan hendaklah mematuhi garis panduan dan amalan terbaik di tetapkan oleh Kerajaan Brunei Darussalam dan peraturan pihak berkuasa.

Siapakah yang perlu mendaftar?

• Penyewa utama pusat komersial, termasuk ruang pejabat
• Pemaju atau pemaju bersama bagi Projek
• Penyewa bagi perniagaan runcit dan / atau perindustrian bagi Projek
• Pihak pengurus, pengendali, pemasaran dan peniagal bagi Projek
• Atau mana-mana kombinasi di atas.

MSMEs, perusahaan-perusahaan baru (Start-ups) adalah digalakkan untuk mendaftar dan mengambil bahagian untuk mengembangkan perniagaan dan menjayakan Projek ini

Bagaimana untuk mendaftar?

Pihak-pihak yang berminat adalah dialu-alukan menghadiri salah satu sesi taklimat mengenai Projek yang dijadualkan seperti berikut:

(1) Rabu 15 Mei 2019 jam 9 pagi atau

(2) Juma’at 14 Jun 2019 jam 9 pagi.

Sesi taklimat bertempat di Bangunan D&T, Tahap 1, Auditorium Utama


Tawaran Expression of Interest (EOI) hendaklah dihadapkan tidak lewat daripada jam 3.00 petang, Juma’at 5 July 2019 melalui e-mel sahaja kepada tender.secretary@dare.gov.bn dengan tajuk:

EOI - “Participation in The Development & Operation of A Proposed Commercial & Factory Hub Project at The Salambigar Industrial Park " (Nombor Rujukan: DTC 19 11 00).

Dokumen EOI akan dikeluarkan melalui e-mel selepas tarikh 6 Mei 2019


Copyright © 2019 - DARe. All rights reserved.